5 P – Sifat-sifat terPuji Azali.
Prihatin
Kuat menjaga kroni. Itulah sifat terpuji
pertama Azali. Biarpun berhempas pulas menjaga status dan kedudukan Azali, dia
masih mampu untuk menjaga
Polite Suka menjawab; "Tak tahu..." apabila memberi jawapan kepada pelajar yang bermasalah dengan hal-hal akademik, urusan aktiviti, peribadi dsb. SIfat sopan santun ini mencerminkan keperibadian diri Azali yang mulia kerana sopan dalam memberikan jawapan. Apa sahaja masalah student cuba ditentangkan oleh Azali dengan jawapan yang amat ringkas dan padat serta tepat; tak tahu. Bukan lagu Adam AF 'Tak Tahu'.
Penyayang Azali seorang anak, suami, dan ayah. Punyai sifat penyayang yang luhur seluhur seorang artis yang membuat sumbangan kepada anak-anak yatim. Jiwa seorang lelaki wajar punyai sifat penyayang yang tinggi, apatahlagi agama membenarkan seseorang lelaki untuk berkahwin sehingga 4 orang wanita dalam satu-satu masa. Dengan kuasa yang besar, dan ditambah lagi dengan kapasiti student yang ramai, lebih-lebih lagi student perempuan yang cantik molek mendominasi UPM, Azali mudah goyah dengan fenomena sedemikian. Sukar untuk mengkuarantin sifat penyayang Azali yang terlampau ini.
Perunding Merunding merupakan tugas-tugas sukar seorang TNC. Istilah 'consultant' sering kita dengari, dan bidang tugasnya amat kritikal dalam membuat keputusan dan merancang sesuatu. Sesuai dengan kuasa yang ada, tugas seorang perunding ini menjadi lebih mudah apabila kroni yang bertugas di bawah jajahan Azali sentiasa selalu menuruti kehendak dan kemahuan Azali. Jika A yang disuruh, A lah yang dibuat kroni. Jika Azali buat B, semua kroni akan bersetuju dan mengaminkannya. Apatahlagi jika Azali sedut wang dari sumber luar untuk kepentingan jabatannya, kroni pun tutup mulut dan buat tidak nampak sahaja. Menyekat wang merupakan tugas harian Azali. Jika 2000 ringgit yang dipohon oleh sesebuah organisasi dari jabatan pimpinan Azali, dengan kuasanya, Azali akan sekat separuh dari permohonan itu.
Pendiam Pendiam, menjelaskan bahawa ciptaan Tuhan membatasi segalanya. Diciptakan 2 telinga dan 1 mulut, merupakan segmen yang terbaik untuk menjelaskan mengapa seseorang itu lebih baik banyak mendengar dari banyak bercakap, itulah namanya pendiam. Diam-diam Azali, ada isinya. Tetapi usah dilupa bahawa Azali amat menggemari sifat mulia pendiam ini apabila isu-isu hangat di UPM yang menghimpit dan menyusahkan hidupnya. Isu prosiding ahli Gerakan Mahasiswa Maju GMMUPM, isu harga makanan, isu penutupan pintu UPM-Flat Sri Serdang, isu keganasan Kolej 12, dan banyak lagi isu lainnya. Apa yang Azali buat? ....Zip mulut, duduk rumah diam-diam, jangan bercakap langsung dengan media. Inilah juga yang sedang Azali lakukan apabila isu terkini yang maha hebat menghentam kredibiliti Azali sedang hangat melebar luas di dalam dada internet.
UPM, ayuh kita bersatu membasmi penyelewengan Azali! |
lawat juga... www.upmkini.blogspot.com
____